I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, October 21, 2011

Terbang menari-nari emncari Qeela@yani

Nur Adriana Aqeela binti Roslan
@nickname:Yani 
d/a anak sedara che teh    
kampunng Durian Mas
Bandar Ambs
23400 Dungun,terengganu

     
  Kehadapan adik Qeela yang semakin hari semakin comel lote,,surat ni khas di tujukan buat kamu sayang,,first,,che teh nak ucapkan selamat hari lahir yang pertama.,genap  usiamu setahun pada 21 October 2011,erm,,dah setahun adik menempuhi alam dunia ni,tapi,adik tak tau apa-apa lagi kan,,huhuhu,,yang adik cuma tahu hanya nak menagis je kan,,merengek-rengek minta bawa pergi jalan-jalan..
maaflah dik,kita tak leh sambut harijadi adik sama-sama,,huhuhu,,che teh duduk jauh sangat,,kalu adik sudi datang sini,che teh tunggu,,huhu,,,che teh tak tahu apa yang che teh nak bagi sempena peningkatan umurmu ini.yang mampu che teh lakukan sekarang ialah mendoakan kebahagiaan adik dan keluarga tersayang..

Qeela,ni pesanan che teh buat Qella,,harap nanti bila Qella besar,Qella dapat memahami semua ni.Qella,jaga diri tau,belajar sungguh-sungguh,jangan malas-malas,..Solat jangan tinggal,Selalu ingat kat Allah,,selalu baca quran n baca Yassin,,n paling penting jangan buat sakit hati umi dan abah dan dengar cakap dia orang neh,,Pastu nanti bila besar jangan gaduh-gaduh dengan adik-adik n akak yana eh.Jaga kuarga adik elok..Jangan lupakan kita orang kat sini..Selalulah datang melawat kami kat kampung..andaai di saat Qella baca surat ni,kami masih ada..

  Buat Qella,setiap langkah pertama kamu menentukan perjalanan hidup kamu.Jadi,mulakanlah hidup kamu dengan sesuatu yang terbaik.Sesungguhnya,Che teh amat merindukan kamu,,sayang,Maafkan che teh andainya selama ni che teh tak menjaga kamu elok-elok..kerana che teh tak berupaya untuk menjadi sempurna untuk kamu..Moga kamu menjadi insan yang beriman dan beramal soleh..lengkapkan dirimu dengan ilmu dan amalkannya kerana ilmu dapat membantu dirimu tika kamu di dalam kesusahan.Che teh tahu,sekarang kamu belum mengerti apa-apa.
Dan andainya disaat itu che teh sudah tiada,maafkan kekhilafan che teh selama kita bersama.Sedekahkanlah bacaan untuk che teh.


Akhir kalam,moga setiap langkah perjalananmu di rahmati dan di redhai Allah.Sesungguhnya Allah sentiasa disisimu disaat kamu senang atau susah.Mintalah pertolongan dariNya andai kamu memerlukan  pertolongan dariNya.Moga pejalanan hidupmu di permudahkan.Amin...
with umi ,Qella n Che teh



Yang ikhlas,
Zulaikha Wahab
(Chetehmuyangcomellotelagigarangdanbekeng)

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails